Wednesday, February 18, 2009
Friday, February 6, 2009
Adik-adik... Mari kita belajar huruf vokal a, i, u, e, o (tekan pada huruf)
Posted by dunia Kirana at 2/06/2009 01:30:00 AM 0 comments
Wednesday, February 4, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Pupuk sikap anak suka membaca....
ANAK SUKA MEMBACA: MULAKAN DARI SEKARANG!
"Buku adalah jendela pengetahuan. Namun, sayangnya tidak semua anak gemar membaca. Bagaimana caranya membuat anak kita gemar membaca?"
Buku adalah jendela pengetahuan. Dengan membaca buku, kita dapat menanam banyak maklumat, dapat melancong ke berbagai negara, bahkan ke dunia dongeng sekalipun. Pendeknya, dengan membaca, wawasan pengetahuan kita akan semakin luas. Namun, sayangnya tidak semua anak gemar membaca. Jadi, bagaimanakah caranya membuat anak kita menjadi seorang kanak-kanak yang gemar membaca?
Bacalah sesuatu kepada bayi di dalam kandungan.
Mengikut kajian dan pemerhatian para doktor dan ahli sains, bayi di dalam kandungan boleh mendengar apa yang diperkatakan oleh ibunya. Jika kita inginkan anak yang Sihat, cerdas dan pintar, mulakan membaca untuk mereka dari sekarang. Ambillah sedikit dari masa 24 jam anda dengan membaca buku-buku yang baik untuk didengarkan kepada janin atau bayi anda. Insya-Allah tabiat sebegini akan lebih mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara ibu � anak dan bakal melahirkan anak-anak yang mencintai ilmu.
Kenalkan buku sejak dilahirkan.
Buku cerita yang sesuai untuk anak kecil adalah yang memiliki banyak gambar dengan tulisan yang sedikit. Gambar yang berwarna-warni akan lebih menarik daripada gambar yang hitam � putih. Apabila anak semakin besar dan pandai mengenali buku, biarkan mereka memilih buku yang ingin dibaca, sehingga dia lebih seronok dalam membaca.
Bacalah buku cerita dengan menarik.
Dalam membaca cerita, usahakan agar sebaik mungkin anak dapat merasakan seolah-olah berada di dalam cerita tersebut. Bacalah dengan nada suara yang pelbagai disertai gerakan-gerakan badan yang berekspresi untuk membangun suasana yang hidup. Bahkan bayi pun dapat menikmati buku yang dibacakan, iaitu dari irama suara ibunya dan kehangatan tubuh pembaca yang memangkunya.
Ibu bapa sebagai model.
Orang dewasa terutamanya ibu bapa harus menjadi contoh yang baik. Bila orang dewasa gemar membaca, menyediakan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian dan mengatur suasana rumah yang menyokong untuk membaca, maka nescaya anak kita akan ikut gemar membaca.
"MEMBACALAH, DAN MEMBACALAH UNTUK ANAK ANDA. MEMBACA AKAN MENJAMIN ANAK-ANAK YANG LEBIH BERJAYA DI MASA HADAPAN"
Posted by dunia Kirana at 1/20/2009 08:27:00 PM 0 comments
Wednesday, January 14, 2009
Pendidikan awal untuk kanak-kanak
Pendidikan awal haruslah diberikan kepada kanak-kanak bagi membantu mereka mengenal serba sedikit tentang ilmu pengetahuan. Namun kebanyakan ibu bapa menyerahkan tugas mendidik di atas bahu guru semata-mata dan meyerahkan kepada pihak sekolah walhal, persekitaran dirumah merupakan pendidikan awal kanak-kanak. Contohnya cara kanak-kanak itu berkelakuan dipengaruhi oleh manusia disekelilingnya. Sebagai ibubapa, kita tidak bleh memandang mudah dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dan ibu bapa harus sedar bahawa merekalah tunjang utama dalam mendidik anak-anak mereka menjadi individu yang berguna pada masa hadapan.
Posted by dunia Kirana at 1/14/2009 11:34:00 PM 0 comments